Tentang Pemerintah



seorang perempuan. tulen. hahaha.
seorang yang suka untuk mencuba. 
mengaplikasi warna-warna yang menarik didalam hidupnya. 
hitam adalah klise--tolak tepi sikit bukan reject teros.

seorang yang sukakan makanan tapi tetap tak gemok2. 
masalah paling kronik yang dihadapi. 
mungkin faktor menggemari buah-buahan dan 
sayuran mengimbangi lemak-lemak yang baru nak terbit. 

sangat suka kanak-kanak.
mereka comel dan mulus. percayalah!

sukar difahami, mungkin. 
kadang-kadang suka membuat sesuatu perkara menjadi kompleks. 
*mau pening kepala sape yang jadi laki aku nanti. hahah. 
agak spontan. 
tak suka kucing, comel tapi tak boleh nk dukung2 dia mcm baby.

tau main badminton je. 
paling benci bila terpaksa menunggu, 
tapi tak pernah plak tinggalkan mereka yang suruh menunggu..
tunggu jela dengan hati yang sebal. 
oh. anak tunggal tapi jangan nak gedik kata mesti manje okeh? 
memang nak kena sebat!


Graduan Diploma Perguruan Pendidikan Islam 
di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, (KUIS) batch 2009/2010. 
Insyaallah, akan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi pendidik 
kepada anak bangsa. 
haa dah cukup panjang ni. tak payah nak tau banyak sangat, 
nanti jatuh hati pulak. kbye.
haha.


No comments: